About Us



SEPATAH DUA KATA

Assalamualaikum,

  KAMI Enterprise adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan  bagi merealisasikan minat kami yang mendalam terhadap bidang perniagaan. Ia juga dapat membentuk budaya dan minat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan. Selian itu, KAMI Enterprise juga ditubuhkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim  sesama ahli sekaligus dapat memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong serta toleransi antara kami sebagai satu kumpulan.
            
KAMI Enterprise merupakan syarikat yang menyediakan perkidmatan penyewaan basikal kepada warga kampus Uitm Segamat terutamanya mahasiswa serta kakitangan-kakitangan di dalam kampus. 
             Syarikat kami akan mula beroperasi pada awal semester hadapan dan akan beroperasi sepanjang semester Jun hingga September 2011.
           
  Memandagkan keadaan kampus yang berbukit-bukau menyebabkan KAMI Enterprise memilih untuk membeli basikal jenis “Mountain Bike” agar ianya bersesuaian dengan keadaan persekitaran kampus. “Mountain Bike” juga dipilih kerana ianya merupakan sebuah basikal yang tahan lasak dan mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang baik. Selain itu, kelebihan basikal ini juga ialah mempunyai “speed gear” yang membolehkan penunggangnya menunggang dalam pelbagai kelajuan mengikut kehendak pelanggan.
         
  Bagi memastikan keadaan setiap basikal sentiasa berada dalam keadaan yang baik, syarikat kami telah melantik beberapa ahli untuk sentiasa memantau keadaan basikal dan memastikan jika berlakunya kerosakkan ianya akan dibaik pulih secepat yang mungkin. Hal ini kerana, syarikat kami ingin memastikan pelanggan kami berasa selamat dan selesa apabila menggunakan basikal tersebut dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
         
 Bahagian pemasaran KAMI Enterprise akan menggunakan beberapa kaedah pemasaran yang sistematik bersesuaian dengan persekitaran kehidupan kampus agar ianya memberi keuntungan kepada syarikat kami. Antara kaedah yang digunakan ialah menyebarkan “flyers” ke seluruh warga kampus. Kami juga akan mempromosikan syarikat kami yang berasaskan perkhidmatan penyewaan basikal di alam maya dengan menggunakan laman sesawang seperti facebook dan blog.
          
  Justeru itu, kami amat berharap agar syarikat kami mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga kampus Uitm Segamat dan akan dapat bersaing secara sihat dengan syarikat lain dibawah naungan Siswa Bistari.

Sekian, Wassalam.