Tuesday 6 December 2011

Unifest telah kembali!


Assalamualaikum,

Selamat pagi! 
Ha kalau anda semua nak tahu, bahawasanya hari ini bersamaan dengan 7 Disember 2011, akan diadakan Unifest seperti tahun yang lalu.

Adik-adik part1 yang baru masuk mesti tertanya-tanya apa Unifest kan? "University Festival" atau Unifest adalah sebuah acara rasmi tahunan UiTM Johor, bertujuan untuk memberi peluang kepada semua kelab dibawah naungannya memperkenalkan diri masing-masing kepada para pelajar UiTM Johor.

Yeah! Unifest best tau! KAMI pun ada terlibat sama, jadi silalah datang beramai-ramai ke "booth" Siswa Bestari kerana KAMI akan berada disitu, bersedia untuk berkongsi maklumat yang lebih lanjut tentang apa itu KAMI Enterprise.

TEMPAT
Dataran Seri Bendahara (DSB)
*Berhadapan dengan bangunan Admin

RUANG PAMERAN:
"Booth" bernombor #24

MASA:
12pm - 2pm 
&
4pm - 6pm 

Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan. Jangan lupa datang okay! Tak rugi pun, anda luangkan sedikit masa anda untuk hadir ke Unifest, KAMI akan beri anda cop!  

Diingatkan, Unifest adalah wajib keatas semua pelajar yang menetap di kolej kerana ini adalah salah satu aktiviti wajib yang dikendalikan oleh MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UiTM Johor. Ini bermakna, cop yang akan anda perolehi nanti, dikira sebagai cop wajib yang memberi 5 mata ganjaran kepada kad merah anda, banyak bukan?

Dalam masa yang sama, teruskan menyokong KAMI Enterprise :)
Terima kasih, sokongan dan kerjasama anda semua amatlah dihargai.

"Sayang UiTM, UiTM dihatiku"


Sekian, Wassalam.

Monday 28 November 2011

Aktiviti sewaan basikal bagi semester NOV 2011 - MAC 2012


Assalamualaikum,

PENGUMUMAN:
 Bahawa aktiviti penyewaan basikal oleh KAMI Enterprise bagi semester NOV 2011 - MAC 2012 akan bermula secara rasmi pada
28 NOVEMBER 2011

Bertempat di bahagian belakang blok kolej BAIDURI seperti biasa.

Untuk keterangan dan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk dasar dan peraturan yang kami sediakan pada page Rules & Regulation *sila klik disini.

Jika perlu, anda boleh terus berhubung dengan jawantankuasa bahagian operasi kami bagi membuat tempahan sewaan basikal:-

Aziem       : 017-2442258
Wahidah  : 017-7409699

Suka diingatkan, aktiviti penyewaan basikal ini boleh disertai oleh semua warga UiTM JOHOR, tidak kira "staff" mahupun pelajar universiti sendiri. Sokongan anda amatlah kami hargai. Terima kasih.
 "Beriadah Menjamin Kesihatan"


Sekian, Wassalam.

Tuesday 5 July 2011

Program Keusahawanan


PROGRAM KEUSAHAWANAN ANJURAN SISWA BISTARI


Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan anda semua, pada 4 hingga 6 MAY 2011 yang lepas, pihak KAMI Enterprise telah pergi menghadiri satu Kursus Pemantapan yang dianjurkan oleh SISWA BISTARI bagi semua syarikat  yang bernaung dibawahnya. Ini bagi memastikan semua syarikat dapat membekalkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan berkenaan selok-belok perniagaan.
* Foto adalah ihsan daripada google
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang Program Keusahawanan Siswa Bistari tersebut, yang berlangsung secara rasminya di HOTEL SELESA, Pasir Gudang, Johor.


Salah satu slot yang telah dibincangkan di dalam Kursus Pemantapan.

Penceramah jemputan yang hadir.

Inilah dia barisan lembaga pengarah KAMI Enterprise yang telah pergi menghadiri Kursus Pemantapan tersebut.
Amboi.... Kacak & Anggun semuanya :)


Kemahiran berfikir turut diuji.

Dimana ada kamera, disitu ada mereka :)







Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, Program Keusahawanan Siswa Bistari yang telah diadakan tempoh hari berjalan dengan lancar dan jayanya.

Dengan hararapan, akan lebih banyak kursus pemantapan sebegini dimasa yang akan datang agar dapat membimbing pihak KAMI Enterprise kearah yang lebih maju. InshaAllah mudah-mudahan.

 Al-maklumlah, syarikat KAMI Enterprise ini baru sahaja menempa nama dalam dunia keusahawanan. Oleh itu, banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari.

"KAMI BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH SILALAH TUNJUKKAN"


:)


Sekian, Wassalam.


Saturday 11 June 2011

DST #2 : Maintenance


Assalamualaikum,

Hari ini secara tidak langsungnya, pihak KAMI telah memanggil Tauke Basikal dari Segamat untuk membuat "maintenance" keatas semua basikal yang akan digunakan bagi pekhidmatan sewaan tersebut.


Lihat lah tu, semangat betul En. CEO kita ni :)

Gear dibahagian belakang.

Cek tayar pancit.

Kebanyakkan kerosakan adalah pada tayar basikal.

Setelah beberapa jam mengendalikan "Maintenance", akhirnya dapat jugak roda basikal tersebut berputar. :)


Sekian, Wassalam.


DST #1 : Handout!


Assalamualaikum,

Handout! KAMI Enterprise telah menggunakan "handout" sebagai salah satu alternatif untuk mempromosikan servis yang telah kami jalankan iaitu Servis Sewaan Basikal.

potong, potong!




ada kseilapan di situ...

gigih masing-masing!

BigBoss pon join...



Sekian, Wassalam.


Sunday 5 June 2011

Basikal Sudah Sampai!

Assalamualaikum,

4 JUN 2011, UiTM SEGAMAT, JOHOR (Kolej Baiduri)

Kepada rakan-rakan sekalian, ingin kami berkongsi cerita bahawa basikal yang akan digunakan oleh KAMI Enterprise untuk perkhidmatan sewa basikal tersebut telah pun tiba, dimana tempat letak basikal terletak di Kolej Baiduri Sektor B bersebelahan dengan "CuberCafe". Penyewaan basikal akan dimulakan secara rasminya pada 6 JUN 2011.

*Click pictures to enlarge





 Salah satu basikal KAMI

Stok Baru

Keselamatan & Keselesaan para pelanggan adalah sangat KAMI utamakan.

Anda berminat untuk membuat sewaan basikal? 
Apa yang anda tunggu lagi? 
Marilah kita beramai-ramai memulakan penyewaan basikal daripada KAMI Enterprise!


Sila hubungi Ketua Bahagian Operasi KAMI bagi membuat tempahan
Aziem      : 017-2442258
Wahidah  : 017-7409699

Sekian, Wassalam.